Monday 2 July 2012

Hafizul Kamal Juara ON AIR Musim Pertama


Pada baru-baru ini berlangsungnya pertandingan akhir pencarian personaliti dalam bidang pengacaraan yang dipanggil ON AIR musim pertama di Astro Ria. Pertandingan ini memperlihatkan 10 perantis lelaki & 10 perantis wanita bersaing bagi merebut gelaran juara ON AIR musim pertama ini.

Hafizul Kamal menjadi juara ON AIR musim pertama.

ON AIR yang diterajui oleh Aznil Hj Nawawi sebagai anchor & Datin Seri Normala Samsudin sebagai pembantu bersama ini memperlihatkan kecekapan & tahap disiplin seseorang itu untuk bergelar & menjadi sebahagian dalam bidang pengacaraan ini. Pada pentas akhir ( minggu 6 ), Hafizul Kamal telah diumukan sebagai Juara ON AIR dengan ‘membenam’ cabaran 3 lagi perantis yang mara ke pusingan akhir ini iaitu Hefny, Hassanal & Harleena.

Naib Juara

Ketiga

Keempat

Pada pusingan akhir ini juga perantis diarahkan untuk memberi satu pengucapan awam secara spontan yang hanya diberi masa selama 2 minit. Perantis Hafizul menjalankan tugasan terakhir yang diberi dengan cemerlang apabila Anchor & Co-Anchor begitu senang & memuji hasil yang telah dihujah olehnya. Hafizul membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, barangan elektrik RM5000 & sebuah kereta Toyota Rush.

DOMINASI LELAKI : program seperti ini sepatutnya boleh dikekalkan supaya dapat mencari pelapis yang baru dalam dunia pengacaraan. Cuma jika tidak silap, seperti orang ramai tidak tahu menahu mengenai pentas akhir ini berlangsung. TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang & kepada mereka yang tidak bernasib baik, anggaplah ini satu permulaan dalam diri anda ok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...