Friday 7 September 2012

Projek Khas Siti Buat Peminat di Indonesia


Ramai sedia maklum bahawa DIVA Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza amat popular & penangan anak jati kelahiran Pahang ini juga sangat istimewa & menjadi buah hati kepada peminat di Indonesia, Singapura & tidak ketinggalan Brunei. Berita terbaru mengenai pelantun lagu Biarlah Rahsia & Cindai ini, beliau dalam perancangan menjalankan album projek khas dengan syarikat rakaman di Indonesia iaitu Virgo yang bakal menemui peminatnya hujung tahun ini. Buah tangan terbaru ini sekaligus menjadi taruhan & penawar rindu bagi peminatnya di republik tersebut.


Selain menjalankan projek khas album tersebut, Dato’ Siti juga akan terbabit dengan siri promosi & konsert seperti yang tercatat dalam kontrak disamping menghadiri sesi fotografi serta sidang media bagi mempromosikan album berkenaan.

Album berkenaan juga adalah produk serumpun kerana komposer yang dipilih & akan berkerjasama dengannya adalah komposer Indonesia disamping turut mendapat kerjasama daripada komposer tanah air. Antara komposer yang bakal terlibat adalah Sammy Simorangkir iaitu bekas vokalis Kerispatih, Dewiq & Siti sendiri ada menyumbangkan sebuah lagu berentak moderate dalam album ini yang susunan muziknya digubah oleh Aubrey Suwito.


Album ini juga akan dipasarkan di pasaran Malaysia. Album solo Siti ditangguhkan buat seketika kerana album projek khas ini sudah berjalan & Siti akan mendahulukan album serumpun ini dahulu kerana jelasnya jika kedua-dua album keluar serentak, beliau khuatir akan mengelirukan peminatnya.

Diolah oleh DOMINASI LELAKI daripada BERITA HARIAN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...