Friday 3 January 2014

(Kisah Nabi & Kisah Alam) Minggu Separuh Akhir Pencetus Ummah



PU Fakhrul & PU Salman tidak bernasib baik mara ke final
Minggu Ketujuh iaitu Minggu Separuh Akhir Mimbar Pencetus Ummah malam semalam berjalan dengan lancar dengan kejutan, debaran dan cabaran yang diberikan kian mencabar para peserta. Menampilkan 2 tema yang berbeza iaitu KISAH NABI serta segmen duo/duet dengan pasangan pilihan bertemakan KISAH ALAM, garapan sempurna semakin ditonjolkan pada minggu ini. Tajuk tugasan yang diberikan kepada peserta pada minggu 7 ini adalah ;

PU Shahul antara peserta terbaik

PU HAFIZ – KISAH NABI NUH A.S
PU FAKHRUL – KISAH NABI ISA A.S
PU SALMAN – KISAH NABI YUSUF A.S
PU SHAHUL – KISAH NABI IBRAHIM A.S
PU RAHMAT – KISAH NABI MUSA A.S
PU YEOP – KISAH NABI LUT A.S

PU Fakhrul & PU Rahmat tampil dengan tajuk ALAM DUNIA

Kategori Berpasangan :
PU FAKHRUL & PU RAHMAT – ALAM DUNIA
PU HAFIZ & PU YEOP – ALAM BARZAKH
PU SHAHUL & PU SALMAN – ALAM AKHIRAT

Jelas dilihat, setiap peserta memamg menunjukkan lebih 100% tahap keyakinan dan penentuan peserta yang layak ke final minggu hadapan adalah sangat sukar. 70% markah ditentukan oleh para juri pada malam tersebut iaitu Ustaz Kazim Elias, Hajjah Habsah Omar dan Ustaz Haslin. Pada permulaan minggu 7 semalam, pihak Mimbar Pencetus Ummah juga mengumumkan senarai peserta yang mendapat markah tertinggi ;

PU Hafiz & PU Yeop tampil dengan ALAM BARZAKH

1. PU RAHMAT
2. PU YEOP
3. PU SHAHUL
4. PU HAFIZ
5. PU FAKHRUL
6. PU SALMAN

Malam semalam juga diserikan dengan kehadiran Fahrin Ahmad di pentas, dan kelihatan juga beberapa selebriti yang turut hadir seperti Raja Azura, Ashraf Muslim, Arash Mohamad dan ramai lagi. Daripada 6 peserta, 4 sahaja yang bakal dibawa ke pentas final minggu depan, setelah undian ditutup selepas berakhirnya pusingan pertama, semua markah dikira dan dikenalpasti 4 peserta yang bakal berentap di pusingan akhir minggu hadapan sekaligus menampilkan ;

1.       PU SHAHUL
2.      PU RAHMAT
3.      PU HAFIZ
4.      PU YEOP

PU Salman & PU Shahul tampil dengan tajuk ALAM AKHIRAT

Setelah diumumkan, sekaligus 2 peserta yang mendapat undian terendah iaitu PU FAKHRUL dan PU SALMAN tidak bernasib baik untuk meneruskan perjuangan hingga ke pentas akhir. Akan tetapi DL dapat lihat, mereka juga adalah juara dan tetap yang terbaik dalam Mimbar Pencetus Ummah. Semoga tazkirah dan dakwah mereka tidak terhenti disini, insyaAllah peluang akan terbuka luas akan datang. Apakah tugasan yang bakal digalas oleh 4 finalis Pencetus Ummah pada minggu hadapan? Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Pencetus Ummah musim ini? Nantikan pada 9 Januari 2014 nanti.

Juri pada Mimbar Pencetus Ummah semalam

kredit gambar : laman rasmi Pencetus Ummah. Boleh ke link www.pencetusummah.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...