Wednesday 1 January 2014

(Minggu 7) Cabaran & Kejutan Besar dalam Pencetus Ummah



PU Shahul TOP1 pada minggu 6

Khamis ini bersamaan 2 Januari 2014 bermulanya Minggu Separuh Akhir bagi program pencarian Pencetus Ummah yang disiarkan secara langsung di Astro Oasis. Minggu ketujuh ini dikhabarkan lagi hangat dan penuh dengan kejutan dan tidak pernah berlaku dalam minggu-minggu sebelumnya ini. Ayuh kita lihat rentetan yang bakal berlaku pada minggu ke-6 dan minggu ke-7 ini berdasarkan pemerhatian dan dilihat pada Tabir Pencetus Ummah tempoh hari ;

1.       Minggu ini juga bermulanya undian dijalankan dimana kita semua sebagai penonton boleh mengundi kesemua peserta yang masih berjuang dalam Pencetus Ummah iaitu 6 orang peserta setiap hari di laman rasmi Pencetus Ummah melalui FB milik anda. 6 peserta yang masih berjuang adalah PU SHAHUL, PU YEOP, PU RAHMAT, PU SALMAN, PU FAKHRUL dan PU HAFIZ.


   2.      Cabaran pada minggu ini (Minggu 7) adalah mereka diberikan tajuk dibawah tema KISAH NABI. Mereka dikehendaki mencetuskan satu idea yang kreatif dan bertazkirah dengan lebih kreatif dengan tema tersebut sekaligus menambat hati juri serta penonton dengan input yang bernas dan padat.



3.      Bertambah kejutan pada minggu ini, selain bertazkirah secara solo, pada minggu ini juga (Separuh Akhir), mereka juga akan bertazkirah secara duet dengan pasangan yang diberikan oleh Murabbi mereka dalam Tabir Pencetus Ummah. PU SHAHUL & PU SALMAN, PU RAHMAT & FAKHRUL, PU HAFIZ & PU YEOP. Pada cabaran kali ini, mereka diberikan tema KISAH ALAM iaitu ALAM DUNIA, ALAM BARZAKH dan ALAM AKHIRAT.

Jadi, kepada semua selamat mengundi keenam peserta dalam Pencetus Ummah kerana undian penonton menyerap sebanyak 30% manakala markah daripada juri adalah 70%. Undian boleh ke link yang disediakan - PENCETUS UMMAH (KLIK DISINI)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...