Wednesday 8 January 2014

"Saya Mahu Cemerlang di Manila" - Eizaaz




Langkah beliau menuju ke pentas Mister Planet 2014 di Filipina pada tahun ini hanya ada kurang dari 8 bulan lagi. Kini nama seorang jejaka kelahiran Kedah yang memenangi Mister Planet Malaysia 2013/2014 sedang diperhatikan oleh ramai pihak. Beliau kini sedang gigih dan sibuk dengan kerja amal yang dianjurkan oleh penganjur melihat beliau perlu lebih serius dan fokus dalam segala aspek yang diaturkan oleh pihaknya untuk mendapatkan hasil yang terbaik pada majlis gilang gemilang di Manila, Filipina tidak lama lagi.

Tambah beliau lagi, kini beliau perlu menurunkan sekitar 8KG dan sedang gigih mencapai target yang disasarkan oleh pihak mereka. Ini disebabkan, dengan berat yang ideal dan tampak menarik, ia bukan sahaja mencerminkan keyakinan pada diri kita sekaligus pemilik nama Eizaaz Farez ini kelihatan tenang dan menawan bagi slot pakaian renang nanti.



“Saya juga akan memperagakan lebih dari 7 rekaan fesyen busana Malaysia pada pertandingan itu nanti iaitu bagi slot fashion catwalk" , katanya. Selain mahu tampil dengan penuh yakin dengan sentuhan busana yang indah dalam pertandingan tersebut, jejaka tinggi lampai ini juga mendapatkan pelbagai latihan dari jurulatih dari segi pemakanan, senaman dan cara percakapan untuk memasktikan beliau bersedia untuk bertanding di peringkat dunia itu nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...