Wednesday 8 January 2014

"Saya Sukakan Cabaran!" - Dhiya Dann




Setelah tampil beberapa minggu di saluran TVi di Astro, kini nama Dhiya Dann semakin menjadi pilihan beberapa syarikat untuk mengambil beliau menjadi bintang iklan bagi produk mereka.  Alhamdulillah, selepas shooting program tv bersama Sungai Extreme, saya dijemput pula untuk menyertai tv show yang lain seperti Akua Ekstrem TV2, Xpress120 Tvi ( iaitu diterajui oleh Shiro ) dan terkini saya dalam proses shooting iklan fast talk tvc dan Kakaotalk tvc” , jelasnya kepada Dominasi Lelaki.

Beliau akui bahawa beliau mahukan yang terbaik dalam setiap aktiviti dan program yang disertai oleh beliau dan mengharapkan agar tahun 2014 akan memberikan sinar lagi cemerlang dari tahun 2013 yang lalu. Jika dilihat sebelum ini, nama beliau telah menyertai bidang pengacaraan, menjadi model iklan, pengacara yang juga orang Temerloh, Pahang ini juga mempunyai hajat dan impian yang lebih tinggi pada tahun 2014 ini. “ Dann sukakan cabaran yang baru, itu memang diri saya. Saya teringin shoot untuk Billboard dan banyak lagi, akan tetapi semua itu bergantung kepada rezeki dari yang Esa. InsyaAllah jika kita taqwa dan ikhlas dalam membuat suatu kerja, segala impian dan harapan kita akan dimakbulkan”, jelasnya lagi.

DOMINASI LELAKI : pihak kami mendoakan yang terbaik, semoga tahun 2014 ini akan lebih baik dan cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Dann juga tampil dalam iklan terbaru Prada : Win a Prada from Reebonz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...