Sunday 9 February 2014

3 Kategori Panas Online ABPBH 2013



 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 bakal tiba pada 6 April ini, kini top5 finalis sudah dikeluarkan untuk gempur undian. Kelihatan wajah lama dan banyak juga muka baru muncul memeriahkan lagi industri di Malaysia. Seperti dahulu lagi, antara kategori panas bagi kategori utama ABPBH adalah Penyanyi Wanita Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Jika sebelum ini kategori ini dilihat penguasaan tembok besar oleh Dato’ Siti Nurhaliza, akan tetapi kini selepas beliau mengumumkan penarikan diri daripada ABPBH secara rasmi, dapat dilihat kategori tersebut seakan ‘terbuka’ kepada mana-mana artis wanita yang hebat bersaing.

Dalam perkembangan lain juga, pada tahun ini dapat dilihat munculnya 7 kategori online ABPBH 2013 yang dilihat bakal mencuri tumpuan juga pada malam penuh gemilang nanti. Pada pandangan DL sendiri, antara kategori ‘panas’ pada kali ini adalah ARTIS LELAKI STYLO, ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL dan CHEF SELEBRITI yang dilihat mempunyai kelompok kuat calon dalam kategori tersebut.

ARTIS LELAKI STYLO:
Adi Putra
Awal Ashaari
Karl Shafek
Nazim Othman
Shaheizy Sam

ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL:
Nora Danish
Dato’ Siti Nurhaliza
Shila Amzah
Yana Samsudin
Zizan Razak

CHEF SELEBRITI PALING POPULAR:
Chef Amran
Chef Anis Nabilah
Chef Nik Michael Imran
Chef Sherson Lian
Chef Wan

Bagi 2 kategori ini, DL gambarkan satu persaingan yang sangat kuat dan sukar membuat keputusan, semuanya boleh berlaku serta kejutan besar mungkin akan berlaku. Dapat dilihat kategori CHEF SELEBRITI POPULAR memperlihat wajah baru dan wajah yang senior iaitu Chef Wan dan ramai sedia maklum profile yang dimiliki oleh beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...