Sunday 23 November 2014

FATTAH AMIN 'Juara' MASKULIN Disember 2014




Teka-teki siapakah jejaka yang bakal tampil menghiasi edisi penutup 2014 bagi Maskulin akhirnya terjawab apabila pelakon yang berbakat besar, Fattah Amin dipilih kali ini. Bukan sahaja memiliki rupa yang menarik dan tinggi lampai, pelakon yang kini sedang hangat menerusi drama Cinta Ibadah ini juga turut melonjak perubahan yang dilihat menerusi lakonannya di kaca televisyen. Kami di DL amat tertarik percaturan yang dibuat oleh team Maskulin, pada edisi kali ini kerana mereka membuat survey dan undian daripada pembaca untuk membuat pilihan siapakah yang layak dan patut diketengahkan menerusi edisi penutup 2014 ini. Satu pujian buat team Maskulin kerana sehingga kini masih meletakkan peminat dan pengikut majalah sebagai satu corak dan cara mendekatkan diri dengan mereka. Tahniah Maskulin.

Dapat dilihat, pada kali ini, konsep lebih kepada santai dan pelbagai input dikongsikan menerusi edisi kali ini. Selain itu, terdapat juga rentetan 2014 Malaysia menjadi tumpuan dunia sepanjang tahun ini serta halaman fesyen yang menampilkan 17 stail ubah penampilan urbanis muda. Semuanya terdapat dalam Maskulin penutup 2014, Disember ini.
 
Antara gambar Fattah menerusi MASKULIN. Kredit IG Maskulin.
Ayuh jangan lupa dapatkan Maskulin di pasaran tidak lama lagi yang menampilkan Fattah Amin, seorang juara berbakat besar sebagai penghias muka depan Maskulin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...