Friday 21 November 2014

"Kenangan di Mr Asia ATV 2014 Sukar Untuk Dilupakan" - James Ng




Beliau seorang jejaka tinggi lampai, sentiasa menguntumkan senyuman yang manis, tidak hairanlah nama beliau dipilih sekali lagi mewakili Malaysia ke pentas dunia yang diadakan baru-baru ini iaitu Mister Asia 2014 yang berlangsung di Hong Kong. James Ng Yin Teng  sebelum ini pernah mewakili Malaysia pada tahun 2013 menerusi Mister International di Jakarta, Indonesia akan tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apabila tidak mendapat menduduki kelompok peserta terbaik pada pertandingan tersebut. Namun, kecewaannya terubat apabila keberadaan beliau mewakili Malaysia ke Hong Kong pada pertandingan Mister Asia 2014 pada kali ini, beliau dipilih menerima Prince Charming Awards. Jutaan tahniah dari kami di DL ucapkan buat James.

Baru-baru ini kami dari team DL telah mendapatkan beliau dalam sesi temuramah ringkas untuk bertanyakan prihal pertandingan yang diwakili beliau yang lepas.


DL : Apakah perasaan apabila mewakili negara ke HK dalam Mr Asia dan apakah kelebihan yang dibawa untuk tampil berbeza?

J : Saya rasa excited dan tidak sabar, tidak cukup tidur kerana memikirkan. Pada awalnya, saya tidak membuat persediaan apa-apa, i just bring myself, my smile dan tampil dengan yakin pada pertandingan tersebut. Saya bangga to be Malaysian, saya bangga kerana saya mewakili pelbagai budaya di Malaysia, sambil tersenyum.

DL : Dapat dilihat perbezaan 2013 dan 2014 dari segi tubuh badan anda. Boleh kongsikan serba sedikit.

J : Di 2013 dan 2014, badan saya naik sekitar 10kg, tiba-tiba Adrian Winson dari ADELICIOUS Entertainment melamar saya untuk mewakili Malaysia untuk MR Asia ATV dan saya pula berfikir, adakah saya cukup masa untuk maintain berat badan kerana ketika itu berat saya hampir mencapai 100kg. 2013 di Mr International, berat saya 85kg, sekarang di Mr Asia ATV berat saya 94kg”, tersenyum. Tambah James, secara mental, beliau kelihatan bersedia akan tetapi bukan dari fizikalnya kerana pada ketika itu, beliau sering mendapat respon negatif prihal berat badan serta tubuhnya yang sedikit gempal dan berisi.

DL : Pengalaman apakah yang tidak dapat dilupakan ketika menyertai Mr Asia 2014?

J : "kawan-kawan disana, semua tidak akan dilupakan. Kesemua 16 orang saya anggap seperti adik beradik, ianya tidak seperti satu pertandingan, kami sentiasa membantu antara satu sama lain. Banyak teamwork dan mereka tidak pentingkan diri sendiri, Ya, saya tidak akan lupakan jasa dan bantuan mereka serta production crews serta individu-individu yang membantu kami semua ketika di HK. Disana, yang paling best adalah makan! Hahaha, seminggu sekali, mereka akan membawa kami makan di steak house dan yang antara paling saya suka! Selain itu, sudah tentu meluangkan masa di gym bersama semua peserta, workout bersama-sama. Kami sangat bersemangat, motivated antara satu sama lain. Tambahnya lagi



DL : Negara manakah menjadi pencabar terhebat buat anda ketika di Mr Asia?

J : "Peserta yang saya lihat antara peserta paling berpotensi dalam pertandingan adalah peserta dari Myanmar, Kharra. Beliau tinggi, badan seperti fashion model, punyai rupa menarik. Beliau sangat bagus dan sering membantu dan production serta memiliki ramai fans. Selain itu, peserta Thailand (Phew) serta Kemboja (Edwin Sun) juga antara peserta yang hebat. Akan tetapi dapat dilhat peserta Myanmar memiliki aura dan tahap yang lebih menyerlah lagi. Teman karib saya disana, Mr Singapura. Beliau juga ialah teman sebilik saya disana, wakil Thailand, Phew, Mr Cambodia. Kami sering bersama-sama! Dan saya sangat gembira dengan mereka. I Love them very much. Keempat-empat kami sangat rapat.

DL : Apakah langkah seterusnya selepas ini? Masih fokus dalam bidang peragaan atau pelajaran?

J : "Selepas ini, saya akan sambung dengan modelling, menjadi role model dan inspire lebih banyak orang untuk live healthy lifestyle. Kita harus bersemangat untuk membantu orang lain. Saya akan menggunakan beberapa title saya untuk menjadi satu influence yang baik dan bagus untuk Malaysia. Saya juga akan terus belajar, saya tinggal satu tahun lagi untuk habis. Saya tidak mahu membazir wang bapa saya dan schoolarship, jadi saya habiskan degree dalam Bussiness Marketing. Pada Disember 2015, saya akan graduasi. Jadi, belajar tidak mengambil masa saya, jadi saya akan terus jadi model dan menjadi inspirasi kepada orang diluar. Tuturnya penutup sesi ini.
 
Gambar rasmi ketika bersaing di Mr International 2013 yang lalu di Indonesia

TRIVIA JAMES NG YIN TENG
1.       Hottest Hunk In Malaysia 2012 (Top12) – Winner Newicon Magazine
2.      Asia New Star Model Search 2012 (1st Runner-up) – Amber Chia Academy, korean model association
3.      Mr International Malaysia 2013 (WINNER) – ADELICIOUS ENTERTAINMENT. Represent Malaysia to Jakarta
4.      Mr Asia ATV 2014 (Won Prince Charming Awards)
5.      Jejaka berumur 21 tahun, Anak kedua dari 4 adik beradik dan semuanya lelaki.

Terima kasih kami ucapkan kepada James Ng untuk sesi ini, semoga anda terus berjaya pada bidang yang anda ceburi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...